Saturday, 17 February 2018

Perjumpaan ke-3 Persatuan KH

Memberikan pengalaman kepada murid bagaimana penyediaan makanan seimbang dan berkhasiat dengan menekankan kepada makanan seimbang. Kegembiraan terpancar daripada murid kerana dapat melakukan aktiviti amali bersama rakan mereka. Semoga dapat memberikan pendedahan awal kemahiran penyediaan makanan kepada murid. MURID KU HEBAT.. MY STUDENTS GREAT

Wednesday, 27 July 2016

Kueh teow kerang

Tema masakan goreng iaitu Kueh teow goreng. Dapatan menunjukkan murid seronok melakukan amali masakan. Satu pengalaman yang berharga kepada murid dalam memberikan pengalaman tentang kemahiran hidup

Jemput-jemput Sehati Sejiwa

Aktiviti masakan bersama murid tingkatan 2. Meningkatkan minat murid untuk menceburi bidang masakan. Memberikan pengalaman kepada murid memasak jemput-jemput.

Saturday, 17 January 2015

Bermula tahun 2015

Tahun 2015 telah bermula. Tahun 2015 P&P tingkatan 3 bermula dengan tajuk teras iaitu tempat kediaman. Manakala tingkatan 2 bermula dengan tajuk teras tanaman hiasan.

Tajuk ini dapat meningkatkan kemahiran murid dalam melakukan aktiviti menjaga tempat kediaman dan juga menjalankan aktiviti amali pembersihan tempat kediaman.

Manakala, tajuk tanaman hiasan mendedahkan murid berkenaan pemasuan semula tanaman hiasan Dan juga penjagaan tanaman hiasan seperti menyiram, merumput, mengembur dan membaja.

Selamat belajar dan lakukan aktiviti ini dengan penuh kasih sayang

#i like KH 2015

Monday, 3 March 2014

Kaedah Eksplorasi komponen

Kali ini kaedah eksplorasi digunakan dalam PDP tajuk elektronik (teras) tingkatan 3. Murid-murid di bahagi kepada nisbah setiap kumpulan 3 orang. 
Murid membuat observation / pemerhatian pada lembaran litar bergambar dan litar skematik. Kemudia menganalisis setiap komponen yang diberikan sebelum membuat proses membengkok komponen elektronik. 
IMPAK: murid merasai seronok kerana melalui pengalaman yang baru dalam amali elektronik

DAPATAN:
1. Murid dapat mengenal pasti jenis komponen yang di pelajari
2. Murid dapat menghasilkan kaedah membengkok komponen secara individu
3. Murid dapat mengaplikasi kaedah menterjemah litar skematik dan litar bergambar
4. Murid dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan menyelesaikan masalah semasa penghasilan projej
5. Sikap bekerjasama, bertanggungjawab dan amalan 4S dapat diterapkan dengan baik dalam kaedah ini

Refleksi ;
Pengalaman murid amat penting dalam menbuat eksplorasi untuk mengadaptasi dan mengaplikasi teori pembelajaran dalam kelas. Meningkatkan minat murid dalam menceburkan diri dalam pekerjaan yang mempunyai kemahiran. Menimbulkan minat murid dalam bidang kerjaya elektronik dapat memberikan pendedahan awal untuk murid merancang kerjaya mereka pada masa hadapan

Saturday, 11 January 2014