Monday, 3 March 2014

Kaedah Eksplorasi komponen

Kali ini kaedah eksplorasi digunakan dalam PDP tajuk elektronik (teras) tingkatan 3. Murid-murid di bahagi kepada nisbah setiap kumpulan 3 orang. 
Murid membuat observation / pemerhatian pada lembaran litar bergambar dan litar skematik. Kemudia menganalisis setiap komponen yang diberikan sebelum membuat proses membengkok komponen elektronik. 
IMPAK: murid merasai seronok kerana melalui pengalaman yang baru dalam amali elektronik

DAPATAN:
1. Murid dapat mengenal pasti jenis komponen yang di pelajari
2. Murid dapat menghasilkan kaedah membengkok komponen secara individu
3. Murid dapat mengaplikasi kaedah menterjemah litar skematik dan litar bergambar
4. Murid dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan menyelesaikan masalah semasa penghasilan projej
5. Sikap bekerjasama, bertanggungjawab dan amalan 4S dapat diterapkan dengan baik dalam kaedah ini

Refleksi ;
Pengalaman murid amat penting dalam menbuat eksplorasi untuk mengadaptasi dan mengaplikasi teori pembelajaran dalam kelas. Meningkatkan minat murid dalam menceburkan diri dalam pekerjaan yang mempunyai kemahiran. Menimbulkan minat murid dalam bidang kerjaya elektronik dapat memberikan pendedahan awal untuk murid merancang kerjaya mereka pada masa hadapan

Saturday, 11 January 2014

Tahun 2014

Selamat tinggal tahun 2013

Selamat datang tahun 2014

Selamat Datang Tahun 2014

Tahun 2014 dilalui dengan penuh semangat. Murid-murid telah melalui minggu yang ke-2 dan akan meneruskan P&P minggu ke-3 dengan penuh cabaran. Namun, tahun ini adalah tahun yang sangat mengembirakan kerana murid-murid saya begitu bersemangat mempelajari Kemahiran Hidup. Mereka telah didedahkan oleh saya dengan teknik KBAT atau HOTS. Nampak semakin gembira dan seronok membuat nota. 

Murid tingkatan 2 memulakan tajuk tanaman hiasan dan murid tingkatan 3 pula memulakan dengan tajuk tempat kediaman. 

Saya akan kembali dengan upload kerja-kerja evidens yang dilakukan oleh murid saya.

Sekian. sampai bertemu lagi disambungan cerita akan datang bersama hasil kerja murid saya....