Monday, 3 March 2014

Kaedah Eksplorasi komponen

Kali ini kaedah eksplorasi digunakan dalam PDP tajuk elektronik (teras) tingkatan 3. Murid-murid di bahagi kepada nisbah setiap kumpulan 3 orang. 
Murid membuat observation / pemerhatian pada lembaran litar bergambar dan litar skematik. Kemudia menganalisis setiap komponen yang diberikan sebelum membuat proses membengkok komponen elektronik. 
IMPAK: murid merasai seronok kerana melalui pengalaman yang baru dalam amali elektronik

DAPATAN:
1. Murid dapat mengenal pasti jenis komponen yang di pelajari
2. Murid dapat menghasilkan kaedah membengkok komponen secara individu
3. Murid dapat mengaplikasi kaedah menterjemah litar skematik dan litar bergambar
4. Murid dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan menyelesaikan masalah semasa penghasilan projej
5. Sikap bekerjasama, bertanggungjawab dan amalan 4S dapat diterapkan dengan baik dalam kaedah ini

Refleksi ;
Pengalaman murid amat penting dalam menbuat eksplorasi untuk mengadaptasi dan mengaplikasi teori pembelajaran dalam kelas. Meningkatkan minat murid dalam menceburkan diri dalam pekerjaan yang mempunyai kemahiran. Menimbulkan minat murid dalam bidang kerjaya elektronik dapat memberikan pendedahan awal untuk murid merancang kerjaya mereka pada masa hadapan